Modul Asas Animasi (Animasi Hari Bapa) & Advokasi Sesi 2

17 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Jun 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas modul asas animasi sempena Hari Bapa sesi 2 di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini dijalankan ialah berkongsi ilmu pengetahuan bersama para perserta dalam mempelajari asas-asas yang terdapat di dalam Multimedia seperti animasi. Di dalam kelas ini, para pelajar diajar menghasilkan animasi melibatkan penggunaan animation teks dan imej. para perserta juga diajar dalam menukar format slide kepada video. Dalam menghasilkan animasi Hari Bapa, para peserta diminta membuat sebanyak 10 slide yang melibatkan penggunaan teks, grafik, audio dan video yang digabungkan.

Seramai 16 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 01:00 petang sehingga 05:00 petang merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali